Kapal tangki patah balik selepas diancam Iran

5 Oct 2026 • 9:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kapal tangki patah balik selepas diancam Iran

TEHERAN: Sebuah kapal tangki berpatah balik selepas diancam pasukan Iran di Selat Hormuz pada Isnin, menurut agensi maritim Britain.

Iran berusaha mengukuhkan kawalannya ke atas laluan perkapalan penting itu sejak bermulanya perang dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Teheran berulang kali menyasarkan kapal yang didakwa melalui laluan berkenaan tanpa kebenaran, manakala AS mengekalkan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran.

“Sebuah kapal tangki yang sedang melalui Selat Hormuz dari arah masuk telah dihubungi oleh IRGC (Kor Pengawal Republik Islam) dan diarahkan berpatah balik atau kapal itu akan menjadi sasaran,” kata Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO).

“Juragan kapal tangki itu mengesahkan bahawa mereka telah mematuhi arahan berkenaan,” tambah UKMTO.

Agensi itu menambah, kapal berkenaan sedang memasuki selat tersebut berhampiran perairan pantai Oman.

Selat Hormuz, yang sebelum perang menjadi laluan bagi kira-kira satu perlima minyak dan gas dunia, kekal sebagai isu utama dalam rundingan antara Iran dan AS untuk menamatkan konflik mereka.

Walaupun serangan Iran terhadap kapal terus berlaku, AS tidak melancarkan serangan ke atas Iran sejak 1 September. – AFP

 

The post Kapal tangki patah balik selepas diancam Iran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved