Elak Beli Tiket Menerusi Pihak Ketiga – AirBorneo

LocalTravel
24 Jul 2026 • 9:54 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Elak Beli Tiket Menerusi Pihak Ketiga – AirBorneo

AirBorneo Airways Sdn Bhd (AirBorneo) mengingatkan orang ramai dan bakal penumpang supaya membuat pembelian tiket penerbangan hanya menerusi saluran jualan rasmi syarikat bagi mengelakkan kesulitan serta penipuan.

Syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak itu memaklumkan bahawa sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pihak mereka mengesan aktiviti penjualan semula tiket secara tidak sah oleh pihak tertentu menerusi pelbagai platform dalam talian.

Menurut kenyataan rasmi syarikat, pembelian menerusi pihak ketiga berisiko mendedahkan penumpang kepada pelbagai isu seperti dikenakan harga tambang yang lebih tinggi, caj pentadbiran tidak sah, kelewatan pengesahan tempahan, serta kesukaran mendapatkan bayaran balik atau bantuan tempahan semula sekiranya berlaku gangguan penerbangan.

“Tempahan secara terus menerusi AirBorneo menjamin harga tambang yang tepat dan terkini tanpa sebarang caj perkhidmatan tersembunyi. Selain itu, penumpang berhak menikmati pampasan dan perlindungan sepenuhnya di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) 2016,” jelas kenyataan berkenaan.

AirBorneo turut menegaskan bahawa pihak syarikat tidak membenarkan penjualan semula tiket pada harga lebih tinggi oleh ejen atau platform tidak rasmi dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah yang timbul daripada tempahan di luar saluran rasmi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan membuat tempahan hanya melalui:

  • Laman sesawang rasmi (www.airborneo.com)

  • Aplikasi mudah alih rasmi AirBorneo (Google Play Store / Apple App Store)

  • Kaunter jualan tiket rasmi

  • Ejen pelancongan bertauliah yang dilantik secara rasmi

  • Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusyokan berhubung iklan meragukan atau masalah tempahan pihak ketiga boleh menghubungi khidmat pelanggan AirBorneo di talian 1-300-22-1388 (dalam negara) atau +6082-537555 (panggilan antarabangsa).

    Sumber: Agensi Berita Rasmi

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved