
TEHERAN: Iran pada Ahad berkata negara itu menemui lebih 200 bilion meter padu gas asli, beberapa bulan selepas perang di Asia Barat menjejaskan infrastruktur dan pengeluaran tenaga negara itu.
“Mendapan gas baharu ditemukan di selatan wilayah Fars,” kata Menteri Petroleum Iran, Mohsen Paknejad, kepada televisyen kerajaan.
Beliau menambah bahawa lebih 160 bilion meter padu gas boleh diekstrak daripada medan berkenaan.
Beliau menyifatkannya sebagai gas asli rendah hidrogen sulfida.
Ia merupakan gas yang mengandungi kandungan hidrogen sulfida yang sangat rendah, sekali gus menghasilkan kos operasi dan pembangunan yang lebih rendah.
Menurut Bloomberg, sebarang pengeluaran baharu dari kawasan tersebut berkemungkinan hanya dapat dimulakan beberapa tahun lagi.
Sektor tenaga Iran terjejas teruk sejak serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Republik Islam itu dilancarkan pada akhir Februari, sekali gus mencetuskan perang di Asia Barat.
Kedua-dua negara itu telah menyerang infrastruktur tenaga Iran, termasuk kemudahan pengeluaran gas dan depot minyak, serta laluan pengangkutan. – AGENSI
The post Iran temukan 200 bilion meter padu gas asli di wilayah Fars appeared first on Utusan Malaysia.


