Iran Umum Penemuan Rizab Hidrokarbon Baharu Berskala Besar

WorldBusiness & Finance
24 Aug 2026 • 12:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Iran Umum Penemuan Rizab Hidrokarbon Baharu Berskala Besar

TEHRAN, 24 Ogos (Bernama-IRNA) -- Menteri Minyak Iran Mohsen Paknejad mengumumkan penemuan rizab hidrokarbon baharu berskala besar yang disifatkannya sebagai aset penting bagi menjamin keperluan tenaga negara itu pada masa depan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Paknejad membuat pengumuman itu di luar satu majlis pada Ahad sempena Minggu Kerajaan bagi memperbaharui ikrar kesetiaan terhadap cita-cita pemimpin Revolusi Islam, Allahyarham Ayatollah Imam Khomeini.

Beliau berkata lebih 7.5 trilion kaki padu gas ditemukan di wilayah Fars di selatan Iran, dengan kira-kira 5.7 trilion kaki padu daripadanya dianggarkan boleh diperoleh.

Menjawab soalan mengenai kesan sekatan ekonomi dan tekanan terhadap Iran, Paknejad menolak kebimbangan berhubung sekatan Amerika Syarikat (AS), sambil berkata beliau mempunyai berita baik mengenai penemuan rizab hidrokarbon baharu.

Baca juga:

Beliau berkata butiran lanjut mengenai penemuan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai.

“Dengan izin Tuhan serta usaha tanpa henti dan kerja keras rakan-rakan kami, sejumlah besar rizab hidrokarbon telah ditemukan dan ia akan menjadi asas kukuh bagi masa depan tenaga negara,” kata beliau.

Pengumuman itu dibuat ketika Iran terus berdepan sekatan ekonomi meluas yang menjejaskan sektor utama ekonominya, khususnya industri minyak dan akses kepada pasaran antarabangsa.

Walaupun berdepan tekanan ekonomi, Iran terus berusaha membangunkan sumber tenaga domestik serta meningkatkan keupayaan pengeluaran dan eksport tenaga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved