
Iran Tidak Akan Pernah Tunduk Kepada AS – Khamenei
TEHRAN — Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan bahawa Iran tidak akan sesekali menyerah diri kepada Amerika Syarikat (AS), dalam kenyataan pertamanya sejak gencatan senjata antara Iran-Israel, lapor AFP.
“Presiden AS, Donald Trump dalam salah satu kenyataannya menyatakan bahawa Iran mesti menyerah diri.
“Namun perkara itu tidak akan berlaku. Ia tidak akan berlaku,” kata Khamenei dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Sebelum ini, Khamenei pada Ahad mengesahkan bahawa simpanan uranium yang diperkaya Irab masih utuh meskipun Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga tapak nuklear, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Walaupun tapak nuklear dimusnahkan, permainan belum tamat.
“Bahan diperkaya, pengetahuan tempatan dan tekad politik masih kekal.
“Dengan hak mempertahankan diri secara sah, inisiatif politik dan operasi kini milik pihak yang bertindak bijak dan mengelak serangan melulu. Akan ada kejutan susulan!” kata Ali Shamkhani menerusi hantaran di platform X.
Stesen penyiaran rasmi Iran, Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) melaporkan bahawa kesemua lokasi yang menjadi sasaran telah dikosongkan sebelum serangan dan bahan nuklear sensitif dipindahkan ke lokasi selamat, namun tidak mendedahkan butiran lanjut.
AS Umum Gencatan Senjata Iran-Israel
Terdahulu, Trump memaklumkan bahawa gencatan senjata antara Iran dan Israel telah berkuat kuasa.
Beliau berkata gencatan itu akan menjadi proses 24 jam secara berperingkat bermula pada Selasa, dengan Iran secara unilateral menghentikan semua operasi terlebih dahulu.
Menurutnya, Israel akan mengikut langkah itu 12 jam kemudian.
Sumber: AFP via
The post Iran Tidak Akan Pernah Tunduk Kepada AS – Khamenei appeared first on Siakap Keli.


