
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pada Jumaat berkata Selat Hormuz yang strategik dan penting bagi perdagangan minyak global akan kekal 'terbuka sepenuhnya' selagi gencatan senjata di Timur Tengah masih berkuat kuasa.
“Laluan bagi semua kapal komersial melalui Selat Hormuz diisytiharkan terbuka sepenuhnya sepanjang tempoh gencatan senjata yang masih berbaki,” kata Araghchi menerusi platform X.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada beliau merujuk kepada gencatan senjata selama 10 hari yang dipersetujui antara Lubnan dan Israel yang mula berkuat kuasa pada tengah malam atau gencatan senjata selama dua minggu antara Iran dan Amerika Syarikat yang bermula pada 8 April lalu.
Maklumat lanjut akan menyusul

