Irfan Haris dedah kisah cinta Amira Othman, tapi dianggap ‘over’ – “Dia ke kakak dia yang nak kahwin ni”

EntertainmentLifestyle
11 Sep 2025 • 2:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Adik kepada penyanyi Amira Othman iaitu Irfan Haris mencuri tumpuan apabila mendedahkan kisah percintaan kakaknya bersama pelakon Fattah Amin menerusi sesi siaran langsung di TokTok.

Menurut Irfan, pertemuan Amira dan Fattah tidak dirancang namun segalanya seolah sudah menjadi suratan takdir apabila mereka digandingkan bersama dalam projek lagu terbaru.

image is not available

“Tahun lepas, setelah Abang Fattah single, selalu asyik lalu fyp dan kita nampak dia ni orang baik.

“Jadi bila kita nampak Fattah ni baik kebetulan kakak saya pun belum berpunya jadi kami keluargan kenen-kenenkanlah.

“Lepastu, kakak saya pergi mesyuarat untuk content lagu Bila Nak Kahwin. Ada beberapa nama pelakon lelaki tapi yang menjadi permintaan ramai pada ketika itu Abang Fattah Amin, ni bukan kebetulan tapi takdir,” kata Irfan, baru-baru ini.

image is not available

Dalam pada itu, Irfan memberitahu sewaktu Fattah berada di Madinah menunaikan umrah, pelakon itu sempat membuat ‘first move’ dengan mengirim salam kepada kakaknya yang menjadi detik awal perkenalan pasangan ini.

Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa kurang senang kerana menganggap Irfan terlalu berlebihan berkongsi kisah percintaan kakaknya dan meminta agar pelantun Reda itu mengawal diri supaya lebih menghormati perasaan orang lain.

Tak pernah lagi jumpa adik excited

image is not available

Jangan seronok sangat nanti nangis

image is not available

Cringe sangat

image is not available

Manakala tinjauan di TikTok, rata-rata warganet menganggap Irfan begitu tidak sabar menyambut kehadiran ahli keluarga baharu dan mendoakan agar hubungan perkahwinan pasangan itu berkekalan hingga ke syurga.

Dia excited sangat

image is not available

Seronok sangat tu

image is not available

Terdahulu, teka-teki mengenai hubungan Fattah dan Amira akhirnya terjawab hari ini apabila mereka mengumumkan bakal bernikah Ahad ini.

Pengumuman dibuat pada majlis pelancaran video muzik rasmi single baharu Amira dan adiknya, Irfan Haris, berjudul Rasa & Takdir, di Imperial Lexis, pada Isnin lalu.

Sumber: Threads eyraaa43