Irfonis angkat kasih sayang anak dalam single sulung

LocalMusic
1 Jul 2026 • 4:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Irfonis angkat kasih sayang anak dalam single sulung

KUMPULAN nasyid baharu, Irfonis tampil dengan single sulung berjudul Cinta Tak Terganti, sebuah karya yang mengangkat tema kasih sayang dan kerinduan seorang anak terhadap ibu bapa yang telah pergi buat selama-lamanya.

Dianggotai oleh Irfan, Fadsyah dan Uwais, nama IIrfonis merupakan gabungan nama ketiga-tiga anggota yang mula aktif dalam dunia nasyid sejak di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan, Kota Kinabalu, di bawah bimbingan Ustazah Zurina. Sepanjang penglibatan mereka, kumpulan ini telah meraih pelbagai kejayaan dalam pertandingan nasyid di peringkat sekolah dan daerah, termasuk menerima pengiktirafan Anugerah Solo Terbaik.

Kini bernaung di bawah Elhamz Entertainment IIrfonis meneruskan perjuangan seni dakwah melalui karya yang sarat dengan nilai murni dan mesej kemanusiaan.

Menurut pihak pengurusan, Cinta Tak Terganti dipilih sebagai karya pertama kerana mesejnya dekat di hati masyarakat, mengingatkan pendengar tentang Kazpentingnya menghargai, menyayangi dan mendoakan ibu bapa selagi hayat masih ada.

Lagu berdurasi 3 minit 30 saat ini merupakan hasil ciptaan Daud Nordin dan di terbitkan oleh S Nazri Kausar Production telah dilancarkan bersama lirik video rasmi di platform digital.

Melalui pelancaran single sulung ini, Irfonis berharap dapat memperkenalkan identiti mereka kepada khalayak yang lebih luas serta menyumbang kepada perkembangan muzik nasyid kontemporari di Malaysia.

Cinta Tak Terganti kini boleh didengari di semua platform penstriman digital utama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved