Irma Hasmie dalam keadaan baik, minta orang ramai doa urusan dipermudahkan

29 Apr 2024 • 2:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Irma Hasmie dalam keadaan baik selepas menjawab dakwaan suaminya, Redza Syah Azmeer yang memuat naik beberapa foto perkahwinan di laman sosial.

Menurut laporan Harian Metro, Irma Hasmie atau nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim yang enggan untuk mengulas lebih terperinci mengenai perkara tersebut meminta orang ramai agar mendoakannya supaya dipermudahkan urusan kelak.

Irma Hasmie dalam keadaan baik

image is not available

“Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan Rahmat-Nya.

“Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak),” katanya.

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabial Redza memuat naik gambar perkahwinannya di laman Instagram sekaligus mengundang tanda tanya status terkini, Irma Hasmie.

Irma Hasmie dalam keadaan baik

image is not available

image is not available

Sekadar info, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)