Isa Isarb Dakwa Dirinya Difitnah Lepas Dituduh Gebang Beli Banglo RM9.7 Juta

Entertainment
22 Feb 2024 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pengguna Facebook yang merupakan ejen hartanah mendedahkan bahawa YouTuber, Isa Isarb sebenarnya telah menipu beli rumah banglo yang bernilai RM9.7 juta, sebaliknya hanya menyewa saja.

Dakwanya, dia memperoleh maklumat itu daripada sumber yang dipercayai. Katanya, pemilik rumah dikatakan sedang mencari pembeli kediaman mewah itu.

Hantaran tular itu telah mendapat perhatian YouTuber terbabit yang tampil menafikan dakwaan berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah.

Menurut Isa Isarb, dia sememangnya berhajat untuk membeli rumah tersebut namun proses pembelian mengambil tempoh yang panjang.

“Kalau kita beli satu rumah, lepas tu kita nak masuk awal. Proses banking masih belum selesai lagi, tapi kita nak masuk awal. Jadi, apa yang kita boleh buat adalah kita minta dengan pemilik lama. Saya nak masuk dulu, saya bayar renting… macam tu,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Isa Isarb (@isaisarb)

Tambahnya, ejen hartanah terbabit seharusnya bertanya kepada ejen hartanah yang menjual rumah dibelinya.

Dalam pada itu, dia juga hairan dan mempertikaikan tindakan ejen hartanah berkenaan yang menularkan dirinya di media sosial.

Dakwanya, dia bukan duduk secara percuma sebaliknya perlu membayar sewa bulanan termasuk utiliti lain hampir RM45,000.

Sementara itu, ejen hartanah terbabit memberi maklum balas, meminta Isa Isarb untuk menampilkan dokumen berkaitan jual beli yang ada setem hasil untuk membuktikan pembelian rumah banglo tersebut.

Menurutnya, dia sudah membuat carian mengenai rumah yang didiami Isa dan sudah dipastikan YouTuber itu bukanlah pemilik rumah tersebut pada ketika ini.

Malah, dia sempat menasihati YouTuber itu membuat konten yang lebih bermanfaat untuk para penontonnya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.