Pernah tular exam atas pokok, Veveonah kini pelajar perubatan, sekolahkan netizen tuduh result corot. 'Wajib CGPA 3.50 baru lepas'

LocalEntertainment
22 Dec 2024 • 5:28 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PASTI ramai yang masih ingat pelajar universiti yang tular sekitar tahun 2021 yang terpaksa tinggal sementara di atas pokok untuk menjawab soalan peperiksaan dalam talian kala pandemik Covid-19 ini.

Gadis dimaksudkan, Veveonah Mosibin, anak jati Sapatalang, Pitas, Sabah kini bergelar pelajar perubatan di Management and Science University (MSU).

image is not available

Memetik laporan portal berita tempatan, Veveonah telah pun tamat pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang sains marin.

Susulan tular berita berkenaan, timbul pelbagai tuduhan kurang enak terhadap gadis berusia 23 tahun keputusan peperiksaannya yang didakwa 'corot'.

"Dia bilang boleh masuk sesuka hati walaupun result corot.

image is not available

"Tidak pasti kalau jurusan lain, namun bagi Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) wajib Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50 baru lepas. Mana-mana IPTA atau IPTS, sistem sahaja.

"Jangan pandang rendah universiti swasta. MSU tersenarai dalam 12 universiti terbaik di Malaysia. Ingat senangkah jadi top 12?," kongsinya di Insta Story.

Portal berita tempatan terdahulu berkongsi gadis itu berjaya menamatkan pengajiannya di UMS namun minatnya adalah dalam bidang perubatan sejak tahun 2021 lagi.

image is not available

Menurut Veveonah, impiannya dalam sains marin mula berubah susulan pembelajaran terpaksa dilakukan secara dalam talian ketika Covid-19 sedangkan bidang tersebut memerlukan pembelajaran yang lebih praktikal.

Bagaimanapun,Veveonah cekal menamatkan pengajiannya dalam bidang sains marin terlebih dahulu untuk memenuhi kontrak biasiswa.

Sejak Oktober lalu, beliau telah memulakan pengajiannya sebagai pelajar perubatan di MSU dan kini sedang dalam proses untuk memohon tajaan biasiswa.

Jalan terus ke hadapan, abaikan kata-kata negatif! Selamat maju jaya Veveonah.