Isa Isarb umum isteri hamil lima bulan, bakal timang anak lelaki

LocalEntertainment
27 Sep 2024 • 9:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh dan YouTuber, Isa Isarb umum berita baik apabila isterinya, Lisa Nosra kini hamil lima bulan selepas alami keguguran anak sulung mereka, sebelum ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Isa atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman di laman YouTubenya, dia menganggap kehadiran cahaya matanya pada kali ini telah memberi sinar baharu dalam kehidupannya.

Isa Isarb umum

image is not available

Kehamilan isteri saya ni buat saya kembali bermotivasi, dia bagaikan cahaya baru dalam kehidupan saya,” katanya.

Tambah Isa lagi, dia sedaya upaya untuk merahsiakan kehamilan kali kedua ini kerana enggan untuk mengulangi kesilapan lalu selain mengelak daripada terkena penyakit ain.

“Sebab itu kalau korang perasan dalam video saya tiada isteri saya, supaya berita kehamilan isteri saya dirahsiakan. Saya ada dengar mengenai penyakit ain dan sebagainya.

“Jadinya, saya tak nak ulang balik kesilapan lalu,” ujarnya.

Isa Isarb umum

image is not available

image is not available

Terdahulu, Isa Isarb memuat naik video berkongsi berita kehamilan isterinya selepas tujuh hari mereka bernikah. Bagaimanapun, Lisa alami keguguran selepas beberapa hari mengumumkan berita baik tersebut kepada orang ramai.

Untuk rekod, Isa dan Lisa telah mendirikan rumah tangga pada 10 Mac lalu.

Sumber: YouTube @Isa Isarb

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved