Isa Isarb Umum Isteri Hamil 5 Bulan, Kongsi Sinar Baharu Selepas Keguguran

LocalEntertainment
27 Sep 2024 • 10:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Berita gembira buat pempengaruh dan YouTuber, Isa Isarb, apabila dia mengumumkan isterinya, Lisa Nosra kini hamil lima bulan selepas mengalami keguguran anak sulung sebelum ini.

Isa atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman, berkongsi berita itu melalui saluran YouTubenya, dan mengakui bahawa kehadiran bakal cahaya mata kali ini memberi sinar baru dalam kehidupannya.

Kehamilan isteri saya ni buat saya kembali bermotivasi, dia bagaikan cahaya baru dalam kehidupan saya.- Katanya.

Menurut Isa, dia memilih untuk merahsiakan kehamilan kali ini bagi mengelak kesilapan lalu dan melindungi mereka daripada penyakit ain.

Sebab itu kalau korang perasan dalam video saya tiada isteri saya, supaya berita kehamilan isteri saya dirahsiakan. Saya ada dengar mengenai penyakit ain dan sebagainya. Jadi, saya tak nak ulang balik kesilapan lalu.- Ujarnya.

Sebelum ini, Isa Isarb pernah berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya selepas tujuh hari mereka bernikah. Namun, Lisa mengalami keguguran tidak lama selepas itu.

Untuk rekod, Isa dan Lisa telah melangsungkan perkahwinan pada 10 Mac lalu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok