Isak selamatkan Newcastle United di Brighton

FootballSports
5 May 2025 • 12:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Isak menyempurnakan sepakan penalti untuk menjaringkan gol penyamaan Newcastle United semasa aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brighton dan Hove Albion di Stadium Komuniti American Express, Brighton. FOTO: AFP

ALEXANDER Isak memastikan Newcastle United meraih satu mata berharga dengan jaringan penalti lewat permainan ketika menentang Brighton and Hove Albion yang berakhir dengan keputusan seri, 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex.

Brighton terlebih dulu hampir meraih kemenangan tipis apabila mendahului menerusi jaringan Yankuba Minteh.

Newcastle sebelum itu dihadiahkan dua penalti yang dibatalkan video bantuan pengadil (VAR)

The Magpies kemudian diberikan penalti ketiga apabila Yasin Ayari menggunakan tangannya untuk menghalang sepakan percuma Fabian Schar.

Selepas semakan VAR yang panjang, keputusan di padang dikekalkan dan Isak tenang menyempurnakan sepakan tersebut, menjadikan jumlah golnya dalam liga musim ini kepada 20.

Keputusan seri itu sememangnya layak buat Newcastle yang terus berusaha mengasak sepanjang perlawanan di pantai selatan berkenaan.

Brighton hanya mampu melakukan tiga percubaan tepat selepas memecah kebuntuan pada minit ke-28, dan tampak bergelut untuk mencari rentak permainan.

The Seagulls juga mempunyai tuntutan penalti apabila Matt O'Riley kelihatan dikasari Sandro Tonali, namun pengadil Craig Pawson tidak menghiraukan rayuan tersebut.

Pemain gantian Newcastle, Callum Wilson hampir merampas ketiga-tiga mata pada masa kecederaan apabila memaksa Bart Verbruggen melakukan penyelamatan yang baik.

Keputusan seri ini tidak banyak membantu kedua-dua pasukan dalam usaha untuk layak ke Eropah, dengan Brighton kekal di tangga ke-10 dan Newcastle di tangga keempat.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved