IShowSpeed teruk dikejar netizen,peminat Kpop dakwa lebih hormat ruang privasi artis!

WorldEntertainment
18 Sep 2024 • 9:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed teruk dikejar netizen terutama peminatnya dalam kalangan golongan lelaki ketika membuat siri jelajah Asia Tenggara di Malaysia sejak semalam.

Ternyata kehadiran pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. telah membuat netizen huru-hara apabila ramai yang mengambil peluang untuk mengejarnya ke mana sahaja dia pergi di dalam Malaysia.

IShowSpeed teruk dikejar netizen

Malah, dia dapat dilihat dengan jelas apabila personaliti media sosial berusia 19 tahun itu turut dikejar di pusat membeli belah di KLCC dan disambut peminat yang mengerumuninya bagi mendapatkan swafoto dan tandatangan pempengaruh itu

 

 

‘Korang lagi teruk!’

Bagaimanapun, sambutan hangat yang diterima oleh IShowSpeed telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet terutama peminat selebriti Korea Selatan (Kpopers)

Menurut peminat Kpopers ini, mereka lebih sopan dan menghormat ruang privasi selebriti jika hadir ke Malaysia dan bukannya seperti peminat IShowSpeed yang didakwa langsung tidak memberi ruang kepadanya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Sebelum ini IShowpeed telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand dan kemudiannya meneruskan perjalanannya ke negara ini.

Difahamkan, dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.

Sekadar info, penstriman paling terkenal di YouTuber ini meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung, dan sketsa komedi.

image is not available

IShowSpeed juga dikenali kerana minatnya yang mendalam terhadap bola sepak d

Sumber: X lkjaegf