Islam ada kejutan buat Poirier

1 Jun 2024 • 7:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pengulas UFC, Jon Anik (tengah) terpaksa menenangkan Islam yang berang selepas Poirier menggunakan kata-kata kesat ketika berhadapannya di atas pentas pada sidang media UFC 302 di Newark, New Jersey. Foto: Agensi

PENYANDANG tali pinggang Lightweight, Islam Makhachev berkata Dustin Poirier memerlukan elemen tuah untuk mengalahkannya pada pertarungan UFC 302.

UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.

Khabib yang bersara pada 2020 selepas kematian tragis bapanya, Abdulmanap akibat jangkitan Covid-19 akan berada di penjuru kem Islam bersama ketua jurulatih mereka, Javier Mendez.

Menurut Islam, dia tidak gentar dengan tumbukan tangan kanan Poirier yang terbukti 'menidurkan' lawan dalam pertarungan UFC sebelum ini.

Malah, Islam percaya Poirier juga tidak mampu mengalahkannya menggunakan gilotin kerana teknik tersebut juga gagal menewaskan Khabib di UFC 242 pada 2019.

“Dustin petarung yang bagus tapi kami tidak sama taraf. Kalau diikutkan, saya hanya perlu jalan pintas untuk menang iaitu menggunakan gusti kerana dia tidak mempunyai teknik gusti yang bagus.

“Tapi saya mahu membuktikan kepada semua orang bahawa saya juga mempunyai 'senjata' lain dan tidak bergantung kepada gusti semata-mata.

“Apa pun, saya sudah sediakan kejutan buat Dustin. Mungkin tumbukan KO atau mungkin juga gilotin, kita tunggu dan lihat,” ujar jaguh Dagestan itu.

Islam mempertahankan tali pinggang Lightweight buat kali ketiga jika menang di UFC 302, manakala Poirier pula mungkin bersara tanpa mengira keputusan yang bakal diraihnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved