"Islam Larang Kita Buka Aib Rumah Tangga, Lebih-Lebih Lagi Libatkan Hubungan Intim" - Ustaz Hadhari

24 Jun 2025 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyampai radio Zayyan, Ustaz Tajdid Hadhari menegaskan isu berkaitan hubungan intim suami isteri perlu dijaga dengan baik walaupun bertujuan untuk pendidikan.

Jelas Ustaz, tidak semua perkara boleh dikongsi secara terbuka, apatah lagi jika ia melibatkan aib pasangan.

“Walaupun ia berkaitan ilmu seks atau hubungan suami isteri, ada perkara yang boleh diceritakan dan ada yang tak sepatutnya dikongsi. Terutama sekali kalau ia membuka aib suami atau isteri,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambahnya lagi, jika mahu berkongsi untuk tujuan mendapatkan nasihat atau penyelesaian, ia hanya boleh dilakukan kepada pihak tertentu seperti hakim atau peguam, bukan di media sosial atau khalayak ramai.

“Kalau nak cerita sebab nak minta pandangan atau nasihat, boleh. Tapi hanya kepada orang tertentu macam peguam atau hakim. Bukan kepada orang awam,” jelasnya. 

Dalam pada itu, Ustaz Hadhari turut mengingatkan Islam sangat menekankan soal menjaga aib dalam rumah tangga lebih lebih lagi yang melibatkan hubungan peribadi antara suami dan isteri.

“Islam sangat larang kita buka aib rumah tangga, lebih-lebih lagi yang melibatkan hubungan intim. Itu maruah. Jangan kerana nak viral atau nak beri info, kita langgar batas,” tegasnya.