Islam tampil pertahan Usman, dakwa Merab Dvalishvili punca pergaduhan

12 Nov 2026 • 1:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Islam tampil pertahan Usman, dakwa Merab Dvalishvili punca pergaduhan
Islam Makhachev tampil mempertahankan tindakan Usman Nurmagomedov yang didakwa menyerang petarung Georgia, Merab Dvalishvili dalam insiden pergaduhan di sebuah hotel di Abu Dhabi.

BINTANG seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Islam Makhachev tampil mempertahankan tindakan Usman Nurmagomedov yang didakwa menyerang petarung Georgia, Merab Dvalishvili dalam insiden pergaduhan di sebuah hotel di Abu Dhabi.

Makhachev menyifatkan Dvalishvili sebagai individu yang mencetuskan ketegangan sehingga membawa kepada insiden berkenaan sekali gus mempersoalkan sikap pihak yang lantang mengkritik tindakan Usman dan kumpulannya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Islam mempersoalkan mengapa pihak yang mengecam Usman sebelum ini berdiam diri ketika Dvalishvili didakwa menampar seorang petarung Dagestan serta menghina maruahnya.

“Bagi mereka yang kini mengecam Usman dan rakan-rakannya serta melemparkan pelbagai penghinaan, mengapa kamu berdiam diri ketika Merab menyerang seorang ahli gusti Dagestan tanpa sebarang sebab dan menghina maruahnya?

“Lelaki itu hanya mendekatinya untuk berbual tanpa sebarang niat buruk. Apa yang berlaku hari ini sebenarnya berpunca daripada tindakan Merab sendiri di tempatnya, apabila dia tergamak memukul tetamu serta menghina ibu lelaki berkenaan," katanya.

Ketegangan antara Dvalishvili dan kem Nurmagomedov sebenarnya sudah tercetus sejak Julai lalu apabila bekas juara kelas bantamweight UFC itu didakwa menampar rakan latihan keluarga Nurmagomedov, Ahmed Gadzhimagomedov dalam satu insiden di belakang pentas acara RAF Georgia di Tbilisi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved