Ismahalil tak salahkan sesiapa, reda dihukum penjara 30 tahun – “Semua ketentuan Allah”

7 Aug 2026 • 4:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pesanan penuh emosi buat keluarga tercinta susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan mengedar dadah.

Menerusi video berdurasi seminit 15 saat yang dikongsikan isterinya, Nor Haslinda Abdul Manaf kepada rakan-rakan kumpulan WhatsApp Bapakku FM, Ismahalil dilihat tenang sambil memeluk isterinya serta ditemani anak mereka, Isma Hakim.

Dalam video tersebut, Ismahalil yang berusia 53 tahun melahirkan rasa syukur dan menerima keputusan berkenaan sebagai ketentuan Allah, selain berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakannya.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah… Alhamdulillah, Allah bagi keputusan macam ini. Insya-Allah, terima kasih semua kawan-kawan, terima kasih semua.
“Kepada anak-anak ayah, doakan ayah, mungkin ini bahagian ayah. Kepada lawyer, kepada semua sekali.
“Demi Allah saya tak ada nak menyalahkan siapa-siapa. Semua ketentuan Allah. Terima kasih semua yang mendoakan. Kita dah berusaha dan kita telah mendoakan, insya-Allah,” katanya.

Image from: Ismahalil tak salahkan sesiapa, reda dihukum penjara 30 tahun – “Semua ketentuan Allah”

Ismahalil turut menyifatkan rakaman tersebut sebagai video terakhir sebelum dia menjalani kehidupan seterusnya, selain menitipkan pesan penuh kasih buat isteri dan anaknya.

“Insya-Allah. Demi Allah, terima kasih semua sekali sahabat-sahabat… terima kasih semua sekali. Hakim, jaga ibu bagi-baik. Ibu, setia dengan ayah, insya-Allah… Insya-Allah, sayang,” katanya.

Image from: Ismahalil tak salahkan sesiapa, reda dihukum penjara 30 tahun – “Semua ketentuan Allah”

Ucapan itu ternyata mengundang rasa sebak apabila wajah isterinya, Linda kelihatan sayu dan tidak dapat menyembunyikan kesedihan ketika berada di sisi Ismahalil.

Bukan hanya meninggalkan pesanan buat keluarga, Ismahalil turut menyerahkan masa depan operasi Warung Bapakku FM di Gombak kepada rakan-rakannya sama ada mahu diteruskan atau sebaliknya.

“Kalau boleh kita teruskan warung itu, teruskanlah. Kalau tak mampu, kita tutup sahajalah, insya-Allah. Semua sahabat-sahabat, insya-Allah ini video yang terakhir, insya-Allah saya reda.
“Cikgu (wardar) pun baik semua pun baik. Insya-Allah, sayang anda semua. Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,” akhirinya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap Ismahalil selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah pada September 2021.

Image from: Ismahalil tak salahkan sesiapa, reda dihukum penjara 30 tahun – “Semua ketentuan Allah”

Artikel lain: Ismahalil Hamzah kini bebas hukuman mati & tuduhan edar dadah

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh tiga panel hakim yang dipengerusikan Datuk Noorin Badaruddin bersama Datuk Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashim Abdul Hamid.

Hukuman penjara 30 tahun itu berkuat kuasa bermula hari keputusan dijatuhkan.

Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved