Ismail Lasim bakal berdepan tindakan hina mahkamah

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 6:50 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ismail Lasim bakal berdepan tindakan hina mahkamah

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bakal berdepan tindakan menghina mahkamah (komital) selepas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan dan Setiausahanya serta kerajaan ne­geri memfailkan permohonan itu di Mahkamah TInggi Seremban.

Selain Ismail, 16 pihak lain termasuk 10 bekas Exco kerajaan negeri turut dinamakan dalam saman pemula itu yang difailkan pada 15 Oktober lalu.

Permohonan difailkan oleh DKU, Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin dan Kerajaan Negeri Sembilan selaku plaintif, melalui firma guaman, Tetuan Halim & Ismail.

Selain Ismail, turut berdepan tindakan itu termasuk, bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

Ia merupakan permohonan komital keempat membabitkan Mubarak, Maarof, Muhammed, Abdul Rahim, Syed Razman dan Badarudin.

Bagi permohonan komital terbaharu, 10 bekas Exco kerajaan negeri turut dinamakan dalam permohonan itu iaitu Datuk Mohd. Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon dan Siti Nur Umaira Hasim.

Turut dinamakan ialah Datuk Mohd. Asna Amin, Datuk Mohd. Razi Mohd. Ali, Suhaimi­zan Bizar, Mohd. Fai­ruz Mohd. Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

Menurut permohonan yang difailkan, pemohon memaklumkan bahawa terdapat pe­rintah injunksi sementara (ad interim) berkait dengan saman pemula yang dfailkan oleh Mubarak, Maarof, Muhammed, Abdul Rahim, Syed Razman dan Badarudin.

Pada 19 April lalu, Undang Yang Empat mengeluarkan Proklamasi (Proklamasi 19 April) di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS) bagi menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar namun didakwa tidak sah selepas Mubarak dikatakan telah dipecat dari jawatannya sebelum proklamasi itu dilakukan.

Pada 5 Mei lalu, Mubarak dan lima lagi memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban bagi mendapatkan salinan minit mesyuarat khas DKU yang diadakan pada 17 April lalu berkait de­ngan keputusan untuk melucutkan Mubarak sebagai Undang Luak Sungai Ujong. – UTUSAN

The post Ismail Lasim bakal berdepan tindakan hina mahkamah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved