Ismail Lasim Letak Jawatan MB Negeri Sembilan

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 10:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail yang dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Image from: Ismail Lasim Letak Jawatan MB Negeri Sembilan

Serentak dengan itu Zambry brkata, Ahmad Zahid akan mengemukakan cadangan nama calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan kepada Tuanku Muhriz, selaras peruntukan Perlembagaan Negeri Sembilan.

“BN berharap keputusan ini dapat membuka lembaran baharu bagi memulihkan kestabilan politik serta memastikan pentadbiran Negeri Sembilan kembali berfungsi dengan lancar.,” katanya. 

Beliau memberi jaminan, BN akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berlangsung secara teratur, dengan mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“BN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Datuk Ismail Lasim sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya. - Getaran, 16 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved