Jangan cari saya – Ismail

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 9:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan cari saya – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim meminta pihak media memberikan ruang kepadanya selama beberapa hari susulan keputusan meletakkan jawatan sebagai peneraju kerajaan negeri itu berkuat kuasa Isnin.

Malah, beliau turut memaklumkan tidak berhasrat mengeluarkan sebarang kenyataan media atau mengadakan sidang media buat masa ini.

“Maaf, tak ada PC (sidang media) atau kenyataan media daripada saya. Terima kasih. Tak usah cari saya untuk beberapa hari ini,” katanya menerusi mesej ringkas kepada media ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas lanjut berhubung peletakan jawatannya.

Difahamkan, Ismail sepatutnya menghadiri Majlis Siswazah Cemerlang Yayasan Negeri Sembilan yang dijadual berlangsung di Seremban hari ini.

Terdahulu, Ismail meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi surat peletakan jawatan yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berkuat kuasa Isnin.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO sudah menerima salinan surat peletakan jawatan berkenaan.-KOSMO! ONLINE

 

The post Jangan cari saya – Ismail appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved