Ismail Sabri: Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti

LocalPolitics
21 Feb 2024 • 8:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud seperti kehilangan seorang tokoh yang tidak berhenti menabur bakti terhadap tanah tumpah darahnya.

Ismail Sabri berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.

“Sepanjang hayatnya, Allahyarham sentiasa memastikan hubungan di antara negeri serta pusat kekal utuh demi kemakmuran negara terus berkekalan.

“Salam takziah buat keluarga dan seluruh rakyat negeri Sarawak. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman,“ katanya menerusi hantaran di media sosial beliau hari ini.

Abdul Taib, 87, yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi tadi.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun. -Bernama