
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok.
Berdasarkan carian sistem mahkamah, Ahli Parlimen Bera itu akan didakwa di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Difahamkan, prosiding tersebut adalah berkaitan pengisytiharan harta. Bagaimanapun, setakat ini butiran terperinci mengenai pertuduhan yang akan dikenakan terhadap pemimpin politik tersebut masih belum diketahui.
Sebelum ini, Ismail Sabri dipanggil beberapa kali untuk dirakam percakapan berhubung pengisytiharan harta kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing dan menyita 16 kilogram jongkong emas tulen bernilai RM7 juta dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.
Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘safe hiuse’ hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025. – KOSMO! ONLINE
The post Ismail Sabri didakwa esok appeared first on Kosmo Digital.






