Ismail Sabri Didakwa Esok Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 10:17 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Ismail Sabri Didakwa Esok Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Kes terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung pengisytiharan harta.

Sebelum ini, Ismail Sabri telah dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat” hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

Sementara itu, peguam Ragunath Kesavan yang mewakili Ismail Sabri ketika dihubungi Bernama mengesahkan anak guamnya akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

The post Ismail Sabri Didakwa Esok Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved