Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor

LocalPolitics
23 Feb 2025 • 4:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail Sabri kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital, menurut setiausaha akhbarnya, Azran Fitri Abdul Rahim.

"Keadaan beliau (Ismail Sabri) okey cuma tekanan darah turun naik. Jadi, beliau memerlukan pemantauan rapi,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Azran Fitri berkata, pihak hospital tidak membenarkan Ismail Sabri menerima pelawat kecuali ahli keluarga buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih.

Ahli Parlimen Bera itu dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi semalam.

Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved