Ismanira Nafi Mesej ‘Lantaklah Nak Hidup Ke Nak M*ti’ Dituju Kepada Zayn Rayyan

Entertainment
24 Jul 2025 • 3:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ibu kepada kanak-kanak autistik yang ditemui meninggal dunia pada dua tahun lalu, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Ismanira Abdul Manaf mendakwa mesej berbunyi ‘lantaklah nak hidup ke nak mati’ sebenarnya ditujukan kepada dirinya pada hari kejadian anaknya hilang.

Ismanira, 30, berkata perkataan yang diberikan menerusi WhatsApp kepada suaminya, Zaim Ikhwan itu dibuat selepas dia cemas dengan kehilangan anak sulungnya tersebut.

“Kandungan di hashtag (tanda pagar) lapan itu, saya tidak maksudkan ke atas anak saya.

“Pada hari itu dalam keadaan saya cemas, kelam-kabut (dan) sedih mencari anak saya yang hilang.

“Saya sangat perlukan perhatian suami dan saya hantar perkataan begitu supaya suami saya cepat pulang dan bantu saya. Perkataan itu saya maksudkan ke atas diri saya,” katanya.

image is not available

Ismanira berkata demikian ketika memberi keterangan bagi menjawab soalan tambahan peguam mewakilinya, Haresh Mahadevan dalam prosiding bela diri hari keempat di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Terdahulu, pada April lalu, semasa perbicaraan diperingkat pendakwaan, mahkamah diberitahu terdapat beberapa mesej perbualan dalam WhatsApp berkaitan Zayn pada hari kanak-kanak itu hilang.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superitendan Mohd. Zaidi Abu Hassan berkata, perbualan WhatsApp itu antaranya ialah, ‘lantaklah nak hidup ke nak mati’, mesej tersebut direkodkan pukul 12.20 hingga 12.59 tengah hari.

Perbualan WhatsApp itu diekstrak dari dua nombor telefon milik dua individu terbabit sebelum dan hari kehilangan kanak-kanak autistik itu pada 5 Disember 2023.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.