
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila tiba sahaja hari Isnin, pasti ramai yang akan mengalami Monday Blues atau terasa malas untuk pergi bekerja.
Bukan hanya individu dewasa yang turut alami perasaan sebegini, budak sekolah pun sama.
Manakan tidak, dua hari sebelumnya majoriti akan berehat daripada melakukan aktiviti berkaitan kerja dan menggunakan waktu itu untuk membuat aktiviti kegemaran seperti menonton filem sehingga lewat malam.
Namun bila memikirkan tentang kerja lebih-lebih lagi pada malam Ahad, pasti ramai yang sudah mula terasa Monday Blues.
Pernah tak anda terfikir kenapa perkara sebegini boleh berlaku dan bagaimana cara untuk atasi Monday Blues ini.
Kenapa Ramai Yang Terasa Malas Pada Hari Isnin? Rupanya Ada Kaitan Dengan Pekerjaan
Sebenarnya, rasa malas pada hari Isnin rupanya ada kaitan dengan pekerjaan.
Merujuk laman web Hello Doktor, berdasarkan kaji selidik yang dibuat oleh laman web Gallup pada tahun 2015, hanya 32% pekerja yang betul-betul suka dengan pekerjaan mereka.
Jika seseorang itu tidak menyukai pekerjaannya yang sekarang, kebarangkalian individu untuk mengalami mengalami Monday Blues adalah tinggi.
Jadi buat mereka yang tidak suka dengan pekerjaan dan asyik terfikir tentang kerja, sememangnya mudah untuk alami sindrom berkenaan.
Fenomena Monday Blues Berbeza, Bergantung Kepada Individu
Namun, laman itu turut mendedahkan tidak semua individu yang tidak menyukai pekerjaan mereka turut mengalami fenomena ini.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pengeluar makanan Marmite di United Kingdom mendapati, individu yang berusia 45 tahun hingga 54 tahun sering alami Monday Blues.
Monday Blues seseorang juga berbeza mengikut setiap individu. Ada yang sampai lambat ke pejabat, ada yang kurang produktif sepanjang hari atau hanya mula tersenyum seawal jam 11 pagi,
Ini kerana kesan psikologi tempoh perlalihan cuti kepada hari bekerja adalah berbeza terhadap produktiviti individu.
Corak Kehidupan Pada Cuti Hujung Minggu Turut Pengaruhi Mood Hari Isnin
Selain itu, corak kehidupan pada cuti hujung minggu sebenarnya juga membuatkan seseorang itu akan berasa ‘malas’ pada hari Isnin.
Yelah, cuti hujung minggu tidak perlu nak bebankan kepala dengan hal berkaitan kerja malah waktu terluang juga akan digunakan dengan membuat aktiviti kegemaran seperti membeli-belah dan menonton cerita kegemaran.
Malah, ada yang turut mengambil kesempatan dengan mengubah rutin tidur seperti tidur lebih lambat dan bangun lebih lewat berbanding hari bekerja.
Sebenarnya, tindakan mengubah waktu tidur atau melakukan aktiviti sosial hingga mengganggu rehat pada hujung minggu menyebabkan seseorang itu mudah mengalami Monday Blues.
Ini kerana kitaran waktu tidur yang terganggu boleh menyebabkan gangguan hormon yang membawa kepada keletihan, tekanan dan gangguan fungsi organ.
Contohnya seperti penghasilan hormon Kortisol atau juga dikenali sebagai hormon stres sekiranya individu kekurangan tidur serta hormon Melatonin yang boleh mengganggu seseorang mendapat tidur yang lena.

Tips Mudah Atasi Monday Blues
Penat juga kalau setiap kali hendak masuk hari Isnin asyik Monday Blues atau terasa malas nak pergi kerja.
Jadi, berikut kami kongsikan tips untuk atasi sindrom tersebut;
#1 Jangan Ubah Kitaran Tidur Ketika Weekend
Korang disarankan untuk menjaga dan mengekalkan kualiti tidur walaupun pada cuti hujung minggu.
Menurut pakar perubatan tidur, Dr Gregory Carter, individu yang mahu ‘ganti’ tidur pada hujung minggu digalakkan untuk tidur lebih awal dan bangun pada waktu yang sama.
Jika tidur melebihi masa yang ditetapkan juga boleh mempengaruhi keadaan. Ritma sirkadian iaitu jam biologi badan boleh terganggu dan sekaligus mempengaruhi jam biologi seseorang hingga menyebabkan rasa susah untuk bangun pada hari Isnin.

#2 Rancang Cuti Hujung Minggu Dengan Seimbang
Pastikan korang merancang cuti hujung minggu dengan seimbang di antara rehat dan aktiviti seharian.
Memetik laman Jobstreet, individu disarankan untuk elakkan diri daripada melakukan terlalu banyak bekerja dan menggunakan masa yang ada untuk berehat.
Lakukan aktiviti santai bersama keluarga atau buat hobi yang boleh menenangkan minda dan merehatkan badan dengan berkesan.

#3 Rancang Hari Ahad Dengan Sebaiknya
Ada segelintir orang dah terasa malas untuk berhadapan dengan hari isnin sejak pagi Ahad lagi.
Cara mudah untuk atasi sindrom Monday Blues adalah dengan merancang hari Ahad anda sebaiknya contohnya seperti memastikan diri tidur awal dan mendapat rehat yang mencukupi.
Gunakan waktu petang atau malam untuk persiapkan diri dari segi mental dan fizikal serta menyelesaikan tugas ringan seperti menggosok pakaian yang akan dipakai pada hari Isnin.
Rehat yang mencukupi sememangnya membolehkan seseorang itu dapat memulakan keesokan hari dengan sebaiknya.
#4 Cipta Mood Pada Pagi Isnin
Cuba cipta mood dan mulakan hari Isnin korang dengan aktiviti yang disukai contohnya seperti mendengar lagu atau minum secawan air kegemaran.
Nampak kecil namun perkara sebegini sebenarnya boleh mengubah hari Isnin korang menjadi lebih bertenaga!

#5 Elakkan Terlalu Menjadi Produktif
Kadangkala, salah satu sebab kenapa ada orang yang merasakan hari Isnin terlalu ‘berat’ adalah kerana mahu menyelesaikan semua benda sekaligus.
Tindakan sebegini boleh menyebabkan seseorang itu berasa stres dan penat walaupun belum mula melakukan pekerjaan.
Apa kata mulakan kerja hari Isnin korang dengan tugas yang mudah dan ringan terlebih dahulu.
Cara sebegini boleh membangunkan mood serta memberikan rasa pencapaian dan meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan tugas yang lebih mencabar.

Jadi lepas ini, tidak perlulah alami Monday Blues pada setiap minggu. Cuba ikuti tips yang kami kongsikan.
Baca Artikel Berkaitan: Malas Datang Kerja Antara Contoh Anda Hidap Masalah Burnout
Baca Artikel Berkaitan: Rasa ‘Moody’ Nak Pergi Kerja? Dr Fadzilah Kongsi Tips Buat Korang Lebih Semangat Di Pagi Hari [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pinggan Mangkuk Tak Basuh, Baju Tak Lipat & Kereta Kotor! Pakar Jelaskan 3 Sebab Orang Jadi Malas [Video]
Source:



![Ramai Berdekah Tengok Grim Reaper Pujuk Pengunjung Menangis Selepas Masuk Rumah Hantu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)