ISO Permainan GTA VI 113GB Adalah Fail Palsu Dengan Virus Bersaiz 50KB

TechnologyGaming
24 Aug 2026 • 1:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa pengkalan data Rockstar Games telah digodam, dan pelbagai fail-fail video dan binaan awal permainan Grand Theft Auto VI telah dicuri, dan ditiris ke arena web oleh seorang penggodam bernama Cyberleek.

Individu tersebut telah memperlihatkan sejumlah video dalam permainan yang sepatutnya diperlihatkan di platform penstriman Netflix, sebelum menunjukkan lagi bahawa dia juga memiliki binaan awal permainan tersebut dengan menunjukkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dalam permainan tersebut.

Image from: ISO Permainan GTA VI 113GB Adalah Fail Palsu Dengan Virus Bersaiz 50KB

Terkini, sebuah fail ISO permainan GTA VI telah disebarkan ke melalui laman sesawang torrent dan memperlihatkan saiz fail sebesar 113GB. Beberapa individu telah memuat-turun fail ISO ini dan mengesahkan bahawa ianya adalah sebuah fail palsu yang kosong, dan hanya mengandungi pemasang virus dengan saiz fail 50KB sahaja.

Ini sedikit sebanyak mengesahkan bahawa semua fail ISO yang dilihat di internet sekarang semuanya mengandungi perisian hasad dan virus didalamnya, dan anda tidak patut memuat-turun dan memasangnya di komputer-komputer anda.

Perlu diingatkan juga bahawa GTA VI hanya akan hadir ke konsol permainan Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series X/S terlebih dahulu pada bulan November ini, dengan pelancaran PC dijangka tiba hanya pada tahun hadapan.

Sumber: Tom’s Hardware

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved