Isra*l Hantar Komando Elit ‘Shayetet 13’ Serang Dan Tawan Sukarelawan GSF Di Penjara Terapung

WorldPolitics
27 Sep 2025 • 10:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Media rasmi Israel dilaporkan mengesahkan rancangan untuk melancarkan serangan terhadap kapal-kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) serta menahan semua sukarelawan yang terlibat.

Menurut laporan Saluran 12, rejim Zionis memaklumkan bahawa pasukan komando laut elit mereka, Shayetet 13, akan digerakkan. Unit ini dikenali dengan kepakaran operasi ketenteraan, kerahsiaan identiti, serta tindakan keras tanpa belas kasihan.

Israel juga mendakwa bahawa selepas kapal-kapal GSF dirampas, kesemua sukarelawan akan ditahan dan dibawa ke sebuah “penjara terapung” terbesar di dunia, iaitu kapal khas yang dijadikan pusat penahanan.

image is not available

Selain itu, rejim Zionis memberi amaran bahawa sukarelawan GSF bakal dipenjara dalam tempoh yang panjang sekiranya tetap bertegas mahu belayar ke Gaza. Mereka juga mendakwa bot-bot akan ditenggelamkan atau dirampas untuk dijadikan aset tentera laut Israel.

Namun begitu, para peserta GSF membalas melalui hantaran media sosial dengan menegaskan bahawa mereka akan kekal berlayar demi menembusi sekatan Israel agar bantuan dapat sampai kepada rakyat Palestin di Gaza.

image is not available

image is not available

“Kami serahkan segala-galanya kepada mu ya Allah. Teruskan bercakap tentang Gaza. Mohon doa semua,” ujar salah seorang peserta GSF dari delegasi Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa Malaysia akan menumpukan usaha koordinasi keselamatan dengan kerjasama negara-negara berhampiran Palestin bagi menjamin keselamatan 34 peserta delegasi Malaysia untuk dibawa pulang.

Terdahulu, laporan media menyebut kapal-kapal flotila kini berada kurang daripada 1,000 kilometer (sekitar 621 batu) dari Semenanjung Gaza, sambil mereka terus berusaha mencabar sekatan yang telah lama dikenakan Israel.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-26 18:46:14

"Sudah 422 Hari Sejak Keputusan Mahkamah Dibuat.." - Gagal Patuhi Terma Ganti Rugi, Rafidah Berdepan Risiko Muflis & Aset Disita

View Original Article