Israel dikecam lancar serangan baharu di selatan Syria

WorldPolitics
23 Aug 2026 • 7:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Israel dikecam lancar serangan baharu di selatan Syria

DAMSYIK: Israel mendakwa pihaknya menyasarkan seorang individu yang disifatkan sebagai pengganas di selatan Syria, dalam serangan yang dilakukan menggunakan dron terhadap sebuah kenderaan awam di pinggir Damsyik.

Kementerian Luar Syria berkata, dron berkenaan mengenai sebuah kereta awam di jalan berhampiran kampung Beit Jinn, di kawasan luar bandar barat ibu negara, menyebabkan beberapa orang awam cedera.

Kementerian tersebut menegaskan, serangan terbaharu itu merupakan sebahagian daripada siri serangan berulang Israel terhadap wilayah Syria dan menyifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan negara itu.

Kementerian berkenaan turut menyatakan Israel bertanggungjawab terhadap segala akibat daripada tindakan tersebut.

Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melancarkan serangan di selatan Syria terhadap seorang individu yang disifatkan sebagai pengganas selepas aktivitinya menimbulkan ancaman segera terhadap anggota tentera rejim itu.

Bagaimanapun, tentera Israel tidak menjelaskan kaedah serangan itu dilancarkan.

Ketegangan antara Israel dan Syria meningkat minggu ini selepas Israel mengebom sebuah pangkalan udara di barat laut Syria pada Selasa.

Tindakan itu disifatkan utusan khas Amerika Syarikat (AS) ke Syria, Tom Barrack, sebagai tidak perlu.

Tentera Israel masih beroperasi di selatan Syria, manakala Israel turut menguasai wilayah di barat daya Syria yang dirampas selepas penggulingan Bashar al-Assad pada Disember 2024.

The post Israel dikecam lancar serangan baharu di selatan Syria appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved