Israel lancar lagi serangan ke atas Iran, sasar kemudahan natanz dan lapangan terbang Tabriz

FootballSports
14 Jun 2025 • 8:33 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISTANBUL: Israel sekali lagi melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran pada Jumaat, susulan serangan besar-besaran awal pagi tadi, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Press TV Iran melaporkan bahawa Israel menyerang kawasan berhampiran Lapangan Terbang Tabriz di barat laut Iran, dengan bunyi letupan kedengaran di kawasan itu.

Televisyen rasmi Iran turut melaporkan bahawa bandar selatan Shiraz serta tapak pengayaan uranium di Natanz - kemudahan utama dan terbesar negara itu - turut menjadi sasaran serangan Israel.