
BAITULMUQADDIS: Menteri Pertahanan Israel pada Rabu berkata bahawa negaranya bersedia bertindak balas dengan kekuatan besar sekiranya diserang Iran, selepas Teheran menyasarkan kedudukan tentera Amerika Syarikat (AS) di seluruh rantau itu.
Israel Katz berkata, tentera Israel bersedia menghadapi kemungkinan serangan ketika musim cuti utama masyarakat Yahudi, yang bermula pada pertengahan September.
“Buat masa ini, mereka menyerang di seluruh rantau kecuali kami,” katanya pada satu persidangan anjuran laman berita Israel Ynet dan akhbar Yedioth Ahronoth.
“Namun, ada kemungkinan mereka akan menyerang kami. Kami bersedia untuk menghadapinya dari segi pertahanan,” ujarnya
Jika Iran menyerang, Israel akan bertindak balas dengan kekuatan besar, tanpa bergantung kepada mana-mana pihak lain, kata Katz.
Beliau menambah bahawa pesawat tenteranya sudah bersedia untuk berlepas.
Israel melancarkan perang di Asia Barat bersama AS pada akhir Februari, tetapi tidak lagi terlibat secara ketenteraan sejak Presiden Donald Trump memeterai perjanjian gencatan senjata pada April -walaupun gencatan senjata itu kemudian gagal bertahan. – AFP
The post Israel sedia serang Iran besar-besaran appeared first on Utusan Malaysia.




