Israel Serang Sekolah Al-Quran Malaysia, Ramai Dilaporkan Syahid

17 Nov 2023 • 2:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sekolah al-Quran Malaysia yang menjadi tempat perlindungan pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat, Gaza telah diserang tentera Israel, baru-baru ini.

Menurut laporan Malaysia Gazette, dilaporkan ramai yang maut dan cedera dalam serangan yang dilakukan oleh askar Zionis malam semalam.

Sekolah al-Quran Malaysia diserang

image is not available

Difahamkan, sekolah tersebut atau lebih dikenali sebagai Maahad Tahfiz Malaysia di Gaza telah dibangunkan hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia dan dibuka pada 16 Oktober 2017.

Semua tenaga pengajar yang berbakti di sekolah tersebut adalah warga Palestin dan operasi dilaksanakan sepenuhnya Dar Al-Quran Al-Kareem Wa Sunnah.

image is not available

Bukan itu sahaja, sekolah tersebut mampu menampung sehingga 700 pelajar dengan dilengkapi 23 kelas termasuk makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, dewan latihan, pejabat pentadbiran serta surau untuk kemudahan pelajar bersolat.