Israel tolak pesawat kargo Ethiopia mendarat di Tel Aviv kerana juruterbang warga Indonesia

WorldPolitics
13 Oct 2026 • 4:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Israel tolak pesawat kargo Ethiopia mendarat di Tel Aviv kerana juruterbang warga Indonesia
Pesawat Ethiopian Airlines diletakkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bole di Addis Ababa. Foto: Agensi

ADDIS ABABA – Israel dilaporkan menolak pendaratan sebuah pesawat kargo Ethiopian Airlines yang menuju ke Tel Aviv selepas mendapati salah seorang juruterbangnya merupakan warga Indonesia.

Menurut agensi berita Turkiye, Anadolu, pesawat itu baru berlepas dari Addis Ababa, Ethiopia, sebelum menerima arahan untuk berpatah balik ketika masih berada di ruang udara negara berkenaan.

Laporan media Israel menyebut senarai kru penerbangan itu hanya diserahkan kepada pihak berkuasa Israel selepas pesawat berkenaan berlepas.

Portal berita Ynet melaporkan pesawat itu kembali ke Addis Ababa kemudian juruterbang segera digantikan dengan individu lain yang mendapat kelulusan untuk mendarat di Israel.

Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Indonesia.

Insiden itu berlaku kurang dua minggu selepas serangan dalam penerbangan flydubai dari Dubai ke Tel Aviv.

Susulan kejadian berkenaan, Kementerian Pengangkutan Israel dilaporkan memperketat peraturan keselamatan bagi syarikat penerbangan asing yang beroperasi ke negara itu.

Peraturan baharu itu melarang kru penerbangan yang merupakan warga negara tanpa hubungan diplomatik rasmi dengan Israel daripada mengendalikan atau menaiki penerbangan menuju ke negara itu. - Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved