Israel Tutup Pusat Pemeriksaan: Lebih 100 Guru Terkandas, Operasi Sekolah di Tebing Barat Terganggu

WorldPolitics
21 Sep 2026 • 11:20 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Israel Tutup Pusat Pemeriksaan: Lebih 100 Guru Terkandas, Operasi Sekolah di Tebing Barat Terganggu

Pihak berkuasa rejim Israel bertindak menutup dua pusat pemeriksaan utama di utara Tebing Barat yang diduduki, sekali gus menghalang seramai 104 guru Palestin daripada menghadiri sesi persekolahan pada Ahad.

Pengarah Pendidikan Daerah Tubas, Azmi Balawneh, memaklumkan kepada agensi berita Wafa bahawa penutupan pusat pemeriksaan Tayasir dan Ein Shibli di utara Lembah Jordan itu merupakan sebahagian daripada sekatan ketenteraan yang diperketatkan di seluruh wilayah terbabit.

Tindakan melampau ini telah menjejaskan kelancaran sesi pembelajaran di enam buah sekolah dan sebuah tadika yang melibatkan sekitar 1,100 pelajar Palestin.

Serbuan dan Penggeledahan di Al-Mughayyir

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan tentera Israel bersama unit infantri, kenderaan perisai, dan dron telah menyerbu kampung Al-Mughayyir di timur Ramallah pada awal pagi Ahad.

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera rejim bertindak menutup pintu masuk utama kampung berkenaan, menggeledah kediaman penduduk, serta menahan puluhan rakyat Palestin. Penutupan akses kampung tersebut bukan sahaja melumpuhkan kehadiran murid ke sekolah, malah menghalang penduduk tempatan untuk keluar bekerja.

Kampung Al-Mughayyir dilaporkan sering menjadi sasaran serbuan tentera dan serangan pencerobohan oleh peneroka haram Israel yang semakin dipergiat sejak bermulanya konflik di Gaza pada Oktober 2023.

Sumber: Agensi Anadolu (AA) via TRT World

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved