Presiden Israel ampunkan bekas askar bunuh penduduk Palestin

WorldPolitics
20 Sep 2026 • 11:39 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Presiden Israel ampunkan bekas askar bunuh penduduk Palestin

BAITULMUQADDIS: Presiden Israel, Isaac Herzog pada Sabtu memberikan pengampunan kepada bekas anggota tentera yang menembak mati seorang penyerang Palestin pada 2016 selepas lelaki itu terlebih dahulu ditembak dan dilumpuhkan oleh tentera di bandar Hebron, Tebing Barat.

Elor Azaria dibebaskan dari penjara pada Mei 2018 selepas menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan, separuh daripada hukuman asalnya, kerana menyebabkan kematian Abdul Fatah al-Sharif.

Herzog berkata, beliau memutuskan untuk meluluskan permohonan  Azaria bagi memadamkan baki tempoh rekod jenayahnya dan meneruskan kehidupan.

“Presiden Herzog memutuskan bahawa keadaan yang berlaku, tempoh masa yang telah berlalu dan kekesalan yang diluahkan Azaria mewajarkan beliau diberikan peluang untuk memulakan lembaran baharu dalam hidupnya,” menurut kenyataan pejabat Herzog.

Keputusan itu dibuat bersempena Yom Kippur, hari pengampunan dalam agama Yahudi yang bermula pada petang Ahad, menurut kenyataan itu.

Azaria, yang ketika kejadian berpangkat sarjan menembak kepala al-Sharif.

Lelaki Palestin itu menikam dan mencederakan seorang anggota tentera tetapi sebelum itu sudah ditembak oleh askar Israel dan terbaring di atas tanah selama kira-kira 11 minit.

Azaria kemudian melepaskan tembakan yang membawa maut.

Dalam perbicaraannya, anggota tentera itu berkata, beliau bimbang Sharif memakai tali pinggang bahan letupan dan mungkin meletupkan dirinya tetapi hakim menolak dakwaan itu. – AFP 

 

The post Presiden Israel ampunkan bekas askar bunuh penduduk Palestin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved