ISTAF cadang peraturan baharu bulatan servis bolehkan tekong ‘terbang’

4 Sep 2024 • 3:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Imbas kembali aksi Malaysia menentang Thailand dalam perlawanan akhir acara regu pada Kejuaraan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa. Foto Bernama

PERSEKUTUAN Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) mengemukakan cadangan baharu mengenai peraturan bulatan servis untuk membenarkan tekong mengangkat kaki tidak menyepak atau 'terbang' bagi meningkatkan kuasa dan perlaksanaan servis.

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, masalah mengenai bulatan servis dan tekong sentiasa berlaku dalam kebanyakan kejohanan sejak 60 tahun lepas dengan pengurus pasukan dan jurulatih selalu menyalahkan pengadil.

“Akhirnya, yang menjadi mangsa ialah pemain. Ini mesti dihentikan demi masa depan sepak takraw, bebas daripada sebarang kontroversi dan menjadikan pemain sebagai mangsa.

“Perubahan peraturan termasuk bulatan servis hendaklah digunakan hanya sebagai penanda tempat tekong mesti meletakkan kakinya semasa melaksanakan servis. Kedua, tidak menjadi kesalahan jika tekong ingin mengangkat atau tidak kaki yang tidak menyepak dalam pelaksanaan servis,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Abdul Halim berkata, antara sebab mempertimbangkan perubahan peraturan termasuk, tekong sentiasa mempunyai objektif utama untuk menyepak bola dengan kuat semasa melakukan servis dalam apa jua bentuk manakala gaya sepakan selalunya memberi tekanan terhadap cara kaki yang tidak menyepak mesti diletakkan dalam bulatan servis.

“Kaki yang tidak menyepak mesti berada di dalam bulatan servis selepas pengadil mengumumkan mata. Bulatan servis merupakan penanda tempat tekong mesti memulakan servis.

"Kaki yang tidak menyepak akan sentiasa disesuaikan ke tahap mengangkatnya akibat salah balingan oleh pemain apit kanan. Kaki yang tidak menendang akan sentiasa terdedah kepada perlu diseret ketika hendak melakukan servis sehingga timbul kontroversi daripada perbuatan ini,” katanya.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibentangkan semasa Kongres ISTAF di Korat pada Jumaat ini, Thailand yang diadakan sempena Kejohanan Piala Raja Thai yang sedang berlangsung untuk negara anggota membincangkannya dan memberi maklum balas dengan Sukan SEA 2025 di Thailand mungkin menjadi kejohanan pertama pelaksanaan peraturan baru itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved