Istana Pahang nafi perkahwinan Tengku Hassanal, ‘Faridah’ tak serik buat perangai

LocalPolitics
10 Dec 2024 • 5:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Istana Pahang nafi perkahwinan

Istana Pahang nafi perkahwinan Tengku Hassanal bakal dilangsungkan pada April tahun hadapan seperti yang dinyatakan oleh satu akaun TikTok palsu dikenali sebagai faridah.daud_1.

Dalam hantaran yang dibuat oleh media sosial Kesultanan Pahang, Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya (TUDM) memaklumkan tiada sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita pada April tahun depan.

image is not available

Istana Pahang nafi perkahwinan Tengku Mahkota Pahang

Difahamkan, menerusi hantaran wanita terbabit, dia mendakwa bakal melangsungkan perkahwinan dengan pada April depan dengan kenyataan fitnah mengaitkan nama Tengku Mahkota Pahang (TMP).

Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama, “ katanya.

Istana Pahang nafi perkahwinan TMP, minta tak percaya berita palsu

Susulan daripada itu, pihak Istana Pahang nafi perkahwinan TMP dan meminta orang ramai untuk tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dikongsikan dari akaun-akaun media sosial selain dari portal Rami Istana Pahang.

Beliau juga menambah, tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu-gugat keharmonian khususnya Istana Pahang.

image is not available

Mungkin wanita tu terlalu berilusi

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata akui perasan dengan satu nama yang kerap kali berkongsi tentang Tengku Mahkota Pahang dan mengakui sebagai pasangannya.

Ada juga warganet yang mengatakan wanita itu memang tidak serik berkongsi perihal TMP memandangkan ia bukan kali pertama dilakukan.

image is not available

Ada yang kata wanita itu tak serik & tak takut

image is not available

Patut ahli keluarga wanita tu ambil la tindakan

image is not available

Terdahulu, akaun palsu menggunakan nama “Farida.1111111” pernah memuat naik hantaran menyatakan akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Hassanal pada tahun hadapan dengan pasangannya, Cik Puan Faridah Daud.

Disebabkan itu, pada 3 Oktober lalu, Istana Pahang telah mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin tersebut yang dibuat oleh individu dipercayai seorang wanita.

Sumber: Instagram kesultanan.pahang