Istana Pahang Nafi Dakwaan Tengku Hassanal Bakal Berkahwin April Tahun Depan

Entertainment
10 Dec 2024 • 4:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengumuman rasmi daripada pihak Istana atau mana-mana badan kerajaan biasanya akan dibuat melalui saluran yang betul seperti akaun media sosial rasmi atau pengumuman melalui media tradisional (radio, televisyen).

Baru-baru ini, tular di Instagram di mana seorang wanita dikenali sebagai Faridah Daud mendakwa dirinya bakal berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Wanita dengan akaun @faridah.daud_1 itu berkata dia akan berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang pada April tahun depan.

“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuatnaik individu sama dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada Portal Rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube menggunakan nama Kesultanan Pahang,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut mengingatkan mana-mana individu yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu keharmonian Istana Pahang boleh diambil tindakan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved