Istana Pahang nafi tawaran bantuan Al-Sultan Abdullah di TikTok

LocalPolitics
20 Apr 2026 • 4:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Istana Pahang menasihatkan orang ramai tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam media sosial palsu. Foto FB Kesultanan Pahang

KUANTAN - Istana Pahang menafikan sebarang bentuk tawaran bantuan kepada orang ramai oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disebarkan di platform TikTok. 

Istana Pahang menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang memaklumkan terdapat akaun palsu di platform itu yang meminta pengguna menghantar mesej dan nombor telefon ke akaun berkenaan bagi mendapatkan tawaran hadiah.

"Sultan Pahang tidak mempunyai sebarang akaun media sosial yang dilihat banyak dihasilkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama dan gambar Al-Sultan Abdullah untuk memperdaya orang ramai.

"Begitu juga dengan akaun palsu, terutamanya Facebook dan TikTok menggunakan nama serta gambar Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” menurut hantaran itu. 

Istana Pahang menasihatkan orang ramai tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam media sosial palsu dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika menerima pelawaan atau kandungan mencurigakan.

Istana Pahang memaklumkan semua aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan menerusi platform media sosial menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi ialah istanapahang.my. - Bernama:

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved