Isteri Achraf Hakimi Tak Dapat Tuntut Harta Sepencarian, Semua Didaftarkan Atas Nama Ibu

15 Apr 2023 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Secara tiba-tiba, nama bintang bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi menjadi bualan hangat selepas tersebarnya berita keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Hiba Abouk. Untuk rekod, mereka berdua berkahwin pada tahun 2020 dan mempunyai 2 orang anak.

Isteri Achraf Hakimi tuntut harta sepencarian

Baru-baru ini, Hiba Abouk menyatakan bahawa dia memfailkan penceraian ke atas suaminya dan mahu menuntut sebahagian besar harta pemain bola sepak itu.

Tuntutan ini dibuat selepas Hiba mendakwa Achraf telah membawa perempuan masuk ke dalam rumah mereka dan melakukan perkara menjijikkan kepada wanita tersebut.

Ekoran itu, peguam Hiba cuba untuk memperjuangkan agar Hiba mendapat separuh daripada harta Achraf.

image is not available

Difahamkan, tuntutan yang dibuat Hiba bernilai 70 juta euro (RM338 juta). Menurut sumber, Achraf adalah salah seorang pemain yang dibayar gaji tinggi dalam senarai pemain di Ligue 1.

Achraf daftarkan 80% harta ke atas nama ibu

Bagaimanapun, difahamkan Hiba tidak dapat menuntut aset daripada Achraf kerana pemain itu tidak mempunyai harta atas namanya. Dia hanya mengambil 10%-20% daripada pendapatannya, manakala selebihnya akan disimpan atas nama ibunya.

Jika Hiba mahukan sebahagian harta tersebut, ianya adalah atas budi bicara ibu Achraf Hakimi sendiri.

Untuk rekod, kes Achraf masih disasat dan belum dibuktikan jika dia benar bersalah dalam dakwaan tersebut.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.