Isteri Aliff Syukri pasang niat tambah anak? – “Umur saya ni, sesuai lagi tak?”

Family & Parenting
21 Nov 2025 • 4:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menjadi  perhatian ramai apabila mengajukan pandangan mengenai perihal rumah tangga.

Nak tambah anak?

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida meminta pendapat netizen sama ada pada usianya sekarang adakah masih sesuai untuk memiliki bayi kecil.

image is not available

“Agak-agak sesuai lagi tak kalau umur saya ni ada baby,” ciapanya, hari.

Bagaimanapun, dalam perkongsian berasingan, wanita berusia 40 tahun itu memaklumkan dia dan suami sudah berbincang untuk tidak lagi menambah anak.

“Baru lepas bincang, @aliffsyukriterlajaklaris kata dia dah ikat tak boleh naka beranak lagi,” selorohnya.

Artikel lanjut: Isteri Aliff Syukri nafi hamil lagi – “Anak yang ada pun tak terjaga”

image is not available

Sebelum ini, Shahida menafikan bahawa dirinya hamil anak ketujuh sekali gus memberitahu usianya yang semakin tua menyebabkan dia tidak merancang untuk menambah anak dan mahu fokus kepada keluarga sahaja.

Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga bersama Nur Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Sumber: Threads shahidadherbs