Isteri dedah Aliff Syukri diundang ke majlis sebagai artis -“Risau seminggu sekali keluar lagu”

LocalEntertainment
30 Oct 2025 • 4:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida Rashid berkongsi momen lucu apabila suaminya digelar sebagai seorang penghibur.

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida menegur info yang tertera di poster platform e-dagang yang menerangkan suaminya diundang sebagai salah seorang selebriti Malaysia dan bukannya ahli perniagaan.

Risau seminggu keluar lagu

image is not available

 

“Saya rasa ada pembetulan ni, kenapa letak Artis Malaysia?

“Saya risau seminggu sekali dia (Aliff Syukri) keluar lagu, harap-harap dapatlah segera ditukar,” ciapan Shahida di Threads.

Sebelum ini, Aliff sering memberi isyarat di media sosial iaitu mahu menerbitkan lagu baharu seperti lagu “Love Raya” pada tahun 2024 dan “Raya Lalala” pada tahun 2021.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur dengan gelagat Shahida dan rata-ratanya bersetuju agar pihak berkenaan menukar semula info di poster agar usahawan itu tidak mengeluarkan sebarang lagu baharu yang boleh merosakkan industri muzik tanah air.

Selamatkan segera

image is not available

Reda je lah

image is not available

Jenuh nanti netizen

image is not available

Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga bersama Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata.

Sumber: Threads (shahidadherbs)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved