Isteri Along Cham pasrah digelar ‘Mak Lampir’ & scammer, akui masih sayangkan suami

LocalEntertainment
30 Jan 2025 • 1:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri Along Cham, Afreena Suhaimi pasrah digelar Mak Lampir oleh suami sendiri serta dipanggil scammer susulan didakwa menyelewengkan wang oleh pelawak tersebut.

Menerusi perkongsian Afreena di Insta Story, dia menyatakan tidak kisah jika suaminya mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan sekalipun.

image is not available

Isteri Along Cham enggan buka aib suami

Ujarnya, apa pun berlaku, Along Cham masih lagi suaminya yang sah dan dia tidak mahu membuka sebarang aib pelawak berkenaan.

image is not available

Isteri Along Cham terima semua tohmahan dilempar

Tambahnya lagi, dia pasrah dengan segala tohmahan yang diterima sebelum ini melibatkan beberapa perkara seperti dana berjumlah RM100,000 serta tuduhan berlaku curang.

Ujarnya, dia tahu setiap apa yang berlaku ke atas suami serta yakin pelawak tersebut tidak seperti itu.

image is not available

Masing sayang dan rindukan suami

Dalam pada itu, Afreena juga menyatakan yang dia masih lagi menyayangi Along Cham atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dan merindui keberadaan selebriti itu.

image is not available

Terdahulu, Along Cham telah mengejutkan ramai apabila hadir ke Mahkamah Syariah Putrajaya bagi menfailkan pengesahan cerai taklik kepada isteri sehari selepas dilepaskan tanpa bebas dari penjara atas dakwaan berkaitan bahan terlarang.

Dalam kenyataannya, dia menggelar Afreena sebagai Mak Lampir kerana mendakwa menyelewengkan dana berjumlah lebih kurang RM100,000 untuk kegunaan kes yang dikaitkan dengan Along.

Dia juga memdedahkan beberapa lagi isu dalam rumah tangga dan mendakwa Afreena tidak patuh serta menipunya sebagai seorang suami.

Sumber: Instagram feenasuhaimi