Isteri, anak penjual lemang nyaris maut dilanggar X70

10 Apr 2024 • 11:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lokasi kemalangan melibatkan dua buah kenderaan berdekatan gerai lemang di Kalumpang, Hulu Selangor pada Selasa.

HULU SELANGOR - Seorang wanita bersama anaknya nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas berdekatan gerai lemang milik suaminya dekat Kalumpang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam.

"Siasatan mendapati Proton X70 yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 58 tahun itu dalam perjalanan dari Kalumpang ke Kuala Kubu Bahru.

"SUV dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar Perodua Kelisa yang diletakkan berhampiran gerai menjual lemang itu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, mangsa yang merupakan wanita warga tempatan mengalami kecederaan akibat kemalangan.

"Mangsa merupakan pemandu Perodua Kelisa berumur 40 tahun itu cedera di dagu dan bengkak di betis manakala anaknya berumur tiga tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan berkaitan kejadian dijalankan bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved