Isteri Andika Putera Dedah Wajah Tanpa Pelitup Muka, Netizen Terkejut Rupa Paras Macam…

EntertainmentLifestyle
15 Dec 2025 • 3:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Andika Putera iaitu Dr Amalina Aiza menjadi perhatian ramai apabila tidak lagi menyembunyikan wajah sebenarnya daripada ditonton khalayak ramai.

Dedah wajah tanpa pelitup muka

image is not available

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Dr Amalina berkongsi momen mesra meluangkan waktu bersama suaminya ketika bercuti ke luar negara.

@amalinaaizaa

Got no more patience to get THE VID , hence.image is not available

♬ original sound – Masjor – Masjor

Dalam pada itu, video berdurasi 10 saat tersebut menjadi tular apabila warganet mula membanjiri ruangan komen dengan memuji kecantikan Dr Amalina yang kini tidak lagi menyembunyikan wajahnya bersama pelitup muka.

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet tidak menyangka dan meluahkan rasa terkejut tatkala melihat wajah Dr Amalina yang begitu comel dan cantik.

Cantik isteri dia

image is not available

Suka tengok doktor

image is not available

Sama cantik sama padan

image is not available

Terdahulu, Dr. Amalina memilih untuk tidak mendedahkan wajahnya di media sosial semenjak mendirikan rumah tangga bersama suaminya setelah menerima pelbagai kecaman daripada netizen berhubung perkahwinan yang telah mereka bina.

image is not available

Sehubungan itu, Dr Amalina mengambil inisiatif untuk tidak mendedahkan identitinya dengan menggunakan pelitup muka setiap kali muncul dalam konten yang akan disiarkan di media sosial.

Artikel lain: Pelakon Dewi Puteri Akui ‘Penat’, Dicurangi Andrew Andika Berkali-kali

Untuk rekod, Andika dan Dr Amalina mendirikan rumah tangga pada 15 Januari lalu. Andika dan bekas isterinya, Ananda Natasha bercerai kali pertama pada tahun 2022 namun kembali rujuk demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan untuk bercerai semula pada Disember tahun lalu.

Sumber: TikTok amalinaaizaa

The post Isteri Andika Putera Dedah Wajah Tanpa Pelitup Muka, Netizen Terkejut Rupa Paras Macam… appeared first on Borak Daily.