Isteri Azlan Komeng Kongsi Surat Tuntutan Saman Fitnah, Hilang Sabar Dengan Fitnah Netizen - “Ini Adalah Langkah Pertama…”

7 May 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelbagai kecaman dan tuduhan yang dilemparkan terhadap isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz selepas tular seorang wanita berpurdah bersama suaminya baru-baru ini.

LOD saman fitnah

Tidak lagi berdiam diri, Nilam menerusi perkongsian di TikTok membuat naik satu tuntutan saman fitnah sebagai langkah pertamanya.

 

“Berdiam makin mengeruhkan keadaan rupa-rupanya. Netizen banyak buat kepala tau dan fitnah semakin menjadi-jadi. Ini adalah langkah pertama, jadi satu-satu kita hantar LOD saman fitnah,” kongsinya.

 

Bagaimanapun, Nilam hanya memuat naik surat tuntutan saman fitnah tanpa memberi sebarang maklumat terperinci mengenai perkara itu.


Rata-rata netizen di ruang komen berharap Nilam terus kuat dalam menempuh dugaan dan menangani kemelut yang melanda dalam rumah tangganya.

Sebelum ini, muncul seorang wanita di TikTok bernama Maizila Aini yang memuat naik foto memperlihatkan dirinya berpurdah bersama Azlan Komen dan dipercayai individu itu adalah bakal isteri kedua aktor itu.

 

Nilam bagaimanapun tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya menyamar menjadi wanita berpurdah tersebut.

 

Kemudian, wanita itu memuat naik video mengatakan dirinya lebih cantik daripada Nilam dan mengakui Azlan mula jatuh cinta dengannya disebabkan matanya.