“Isteri bakal peserta mengadu..” – Dr Mohd Izhar Dakwa Ada Peserta SUMUD 2.0 Culas Jalankan Tanggungjawab Sebagai Suami

LocalPolitics
2 Apr 2026 • 4:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa di Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Izhar Ariff Kashim memohon agar pihak MAPIM & SUMUD untuk beri penjelasan terhadap salah seorang bakal pesertanya.

Beliau mendakwa bahawa ada isteri kepada bakal peserta mengadu kepadanya, bahawa suaminya mahu menyertai misi SUMUD 2.0 namun begitu tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Artikel berkaitan: Tuduh Zizi Kirana ‘Terlanjur’ Masa Program Solidariti Gaza, PU Rahmat ‘Sound’  Netizen Biadab

Artikel berkaitan: “Semoga cepat sembuh Aceh” – Imam Muda Asyraf, PU Rahmat & Haroqs Turun Padang Bantu Warga Aceh

Susulan itu, beliau menasihati dan mencadangkan kepada mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk rujuk hukum hakam dan kepatuhan syariah sebelum melaksanakan sebarang misi yang merangkumi, isu ikhtilat antara lelaki dan wanita, isu tanggungjawab suami kepada keluarga yang ditinggalkan, isu aurat peserta wanita, isu keizinan suami keada isteri sebagai peserta dan isu-isu lain.

image is not available

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa kumpulan Sumud Nusantara telah berangkat daei Malaysia bagi menyertai misi kemanusiaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0).

image is not available

Bagaimanapun, pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan mengatakan bahawa identiti ahli-ahli yang terlibat masih dirahsiakan atas faktor menjaga keselamatan.

Sumber : Sinar Harian, Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.