Isteri dibakar suami, angkara tak puas hati kena tuduh hisap dadah

12 Jul 2023 • 6:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita dibakar suami di kediaman mereka di Kampung Baharu, Sitiawan, Manjung, Perak kelmarin gara-gara berang dituduh menagih dadah.

Sempat dibawa dapatkan rawatan

Memetik laporan Perak Kini menerusi kenyataan media, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa yang berusia 33 tahun dibawa ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 12.20 tengah hari tadi dan akan dibedah siasat pada esok hari.

“Bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca kematian.
“Siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarga isterinya yang menuduh lelaki terbabit (pelaku) mengambil dadah,”katanya dalam kenyataan.

image is not available

Tambah Mohamed Nordin Abdullah, pihak telah menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan mengenai tindakan adik lelakinya yang dilakukan pada jam 6.42 petang, kelmarin.

Maklum beliau, suspek kini direman tujuh hari sehingga 18 Julai depan bagi siastan lanjut dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available

Sumber: Perak Kini (Rosdalilah Zahari)